TRIO KAWAN

TRIO KAWAN

B L U R B

○ My Best Friend's Brother | Cik Bawang

Hidup Sara Hanim sudah berantakan semenjak kecil. Umurnya masih muda tapi sudah menggalas tanggungjawab yang besar.

Dek tanggungjawab itulah menemukan dia dengan Faris Ad Deen. Lelaki yang tiba-tiba muncul di saat dia memerlukan. Lelaki yang sentiasa menghulur tangan untuk membantunya.

“Kenapa awak baik sangat dengan saya? Kita baru jer kenal.” -Hanim

“Allah yang pertemukan kita.” – Faris

Mengenali siapa sebenarnya Faris membuatkan rasa cinta yang baru bercambah di hati segera dihapuskan. Hidup dia dengan Faris bagai langit

dengan bumi. Puas dia menjauh, tetap Faris sentiasa mendekat. Bersungguh mahu menjadikan Hanim isterinya.

“Kita ni tak sekufu. Faham tak? Macam langit dengan bumi. Jadi kalau tak mampu nak ikut syarat saya, kita tak payah kahwin.” - Hanim

“Saya setuju. Kita kahwin tanpa pengetahuan keluarga saya.” – Faris

Bermulalah detik perkahwinan rahsia. Faris beri segalanya untuk Hanim. Asalkan gadis itu bahagia. Tetapi tanpa sedar berkahwin dengan Faris sebenarnya membuatkan Hanim menderita dalam diam.

“Saya merayu… tolong bagitahu saya di mana Hanim? Saya janji dengan mak kali ni Hanim takkan menangis lagi.”- Faris

Hanim cuba menjauh tetapi Faris juga tak pernah berputus asa. Bagaimanakah pengakhiran perkahwinan rahsia mereka? Mampukah Faris

menunaikan janjinya untuk bahagiakan Hanim?

 

○ Kita Hanya Kawan? | Mia Azwari

Ali dan Lana…

Mereka berkawan baik sejak di usia kecil. Tanpa sedar, Lana mencintai Ali. Namun yang menjadi masalah, hanya dia yang bertepuk sebelah tangan. Hati Lana remuk apabila Ali cuba memungkiri janji mereka untuk belajar bersama.

“Aku nak pergi sana, sebab nak dekat dengan dia.”- Ali

Belum sempat Ali menunaikan impiannya ke luar negara, Lana ditimpa musibah. Dan sekaligus membuatkan Ali nekad untuk menjaga Lana.

Permintaan Ali membuatkan Lana semakin dibebani rasa bersalah. Tidak mahu lelaki itu mengorbankan perasaan sendiri, dia rela berundur.

“Kan aku dah janji nak tunaikan apa saja permintaan kau kalau kau sudi tolong aku.”-

Ali

“Nantilah aku tuntut. Tak ada tarikh luputkan?”- Lana

10 tahun memisahkan mereka berdua. Dan masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. Takdir sekali lagi menemukan mereka tetapi Lana kecewa apabila Ali seolah-olah tidak mengenalinya.

Walaupun dilayan dengan dingin, Lana tetap mahu mendekati Ali sehinggalah rahsia Ali terbongkar. Dan kali ini Lana tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama Ali.

“Awak pernah cakap, takkan ada tarikh luput untuk tunaikan permintaan saya. Kita kahwin.”- Lana

Mampukah Ali menerima Lana yang sejak dulu dianggap sebagai sahabat? Dan adakah cinta Lana bakal ditolak sama seperti dulu?

 

○ My Sweetness Pain | Rinsya Chasiani

Persahabatan bertahun-tahun antara Azania dan Wan Furqan hampir menguburkan kenyataan bahawa hati Azania masih menyimpan perasaan terhadap lelaki itu dari zaman sekolah lagi. Dia hanya mampu menyembunyikan rasa gembira, sedih, sakit dan cemburu senyap-senyap tanpa pengetahuan Wan Furqan.

"Wan, aku suka kau... Suka lebih dari sebagai kawan." - Azania

Pengakuan Azania membuatkan Wan Furqan keliru. Wan semakin menjauh, dan Azania menyangka bahawa tiada peluang buat dia untuk berada di hati Wan Furqan.

“Akak kena lupakan dia...” - Azania

“Ish, tak mungkinlah. Lea tak buta lagi. Cara pandangan dia pada akak berbeza sangat dari sebelum-sebelum ni.” - Azalea

Azania tidak percaya! Dia berazam untuk melupakan Wan Furqan dari lipatan hatinya. Kemunculan Zafran kembali mencorak senyuman di bibir Azania. Jiwanya lebih berwarna.

“Betul tu... Saya pun nak didik diri saya untuk melepaskan perkara yang bukan ditakdirkan milik saya...” - Azania

Ketika Wan Furqan yakin bahawa hatinya berlagu rindu buat Azania, dia cuba memenangi perasaan gadis itu. Namun penolakan Azania membuatkan hati Wan Furqan terluka dalam! Apatah lagi dia sedar yang dia bakal kehilangan gadis itu. Benarlah kata orang, cinta itu adalah 'masa'. Dia telah terlepas masa dan peluang yang sesuai. Sebanyak mana pun dia merayu, Azania tidak lagi menoleh ke belakang.

"Aku takut kau benci aku sebab aku sayangkan kau lebih dari aku sayangkan orang lain...Macam sekarang ni, aku rasa kau anggap aku bukan sesiapa. Kau tolong aku sebab kesian aje." - Wan Furqan