Takkan Berganti - Mia Azwari (1)

Takkan Berganti - Mia Azwari (1)

 

 

PROLOG

PELUH yang membasahi dahinya, diseka dengan hujung lengan. Nafas dihela panjang. Tak sedar sudah hampir sejam dia mengemas bilik ini seorang diri. Setelah selesai, dia duduk bersila di atas lantai. Belakang tubuhnya bersandar lemah di dinding bilik.

            Anak matanya merenung ke arah syiling bilik. Mata terpejam rapat. Cuba menyingkir bayangan kisah gelap yang berlaku dalam hidupnya sebulan yang lepas. Bukan mudah untuk dia melupakan semua kenangan itu.

            “Dia dah ceraikan kau. Sekarang kau berhambus dari sini. Anak aku pun dah kahwin dengan pilihan dia di sana.”

            “Pilihan di tangan Eton. Samaada Eton nak tunggu abang atau pergi, Eton sendiri yang tentukan.”

            Air mata yang ditahan sejak dari tadi menitis ke pipi. Teresak-esak dia menangis. Kesal dengan sikap bodohnya kerana pernah terlalu berharap. Hakikatnya lelaki itu sama seperti mak long. Hanya mempergunakan dirinya untuk kepetingan diri sendiri.

            Perutnya diusap lembut. Sebak mengenangkan keadaan dirinya sekarang. Tergamak lelaki yang pernah dianggap sebagai tempat dia berlindung, membuang dirinya seperti sampah. 

            “Aku takkan maafkan kau, Yas. Sampai mati pun aku takkan maafkan kau.”

            Dengan semangat baru. Eton nekad untuk melupakan segala kehidupannya yang lepas. Masih ada perkara yang penting dalam hidupnya sekarang. Nama Muhammad Ilyas, akan dibuang jauh dari hidupnya. Anggap sajalah lelaki itu sudah lama mati.

 

 

TEMPAHAN DIBUKA PADA 28 OKTOBER 2022

LINK TEMPAHAN :

NOVEL SINGLE

TRIO ROMANTIK