BLURB STARLIGHT COMBO

BLURB STARLIGHT COMBO

LIOHAYES | DIA LAKARAN INDAH

 

Ini kisah Akania Mayis Qiftah dan Ameer Behzad El Fath yang disatukan oleh orang tua mereka. Mereka terima seikhlas hati. Hidup bahagia seperti pasangan yang lain.   

Akania, perempuan yang tinggi akhlaknya, tidak pernah bercinta, menjaga ikhtilat, malunya sebesar gunung. Serba sempurna!   

Ameer, jejaka kacak dan kaya yang sentiasa beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah. Hidupnya penuh kesederhanaan. Penyabar dan tampak hebat di mata sesiapa!   Namun, siapa sangka kesempurnaan itu tersembunyi sejarah besar dalam hidup mereka. Kekurangan yang tak akan pernah hilang dalam fikiran mereka. Menangis penuh kesal setiap kali mengingatnya.   

“Maafkan abang, Qif...”  “Qif takut dengan abang. Kenapa Qif perlu rasa macam ni sekarang...?” 

 Apa kekurangan mereka sehingga mampu menggoncang tiang rumah tangga yang dibina?  Mereka sebenarnya...  Pendosa yang ingin mencari jalan Tuhan!  

“Ya Allah, dia adalah lakaran yang paling indah buatku.” 

 

HEINA | HEI, CINTA!

 

Tipikal kahwin tanpa rela, si pengantin larikan diri, kemudian terpaksa cari seseorang untuk menggantikannya, kalau tidak kena tanggung malu seumur hidup dan bla, bla, bla… semestinya adik-beradik yang kena tanggung.   

Rasanya sudah boleh tukar nama kepada kahwin bidan terjun ataupun kahwin baton. Suka hati je nak lepas dekat orang.   Hayla, seorang pensyarah muda yang berjaya menaikkan namanya di sebuah universiti berprestij. Seorang yang matang dan bertanggungjawab. Cerita demi cerita, Hayla dapat tahu yang adiknya mahu mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati.   

Terkejut? Sepastinya. T

api dia tidak menghalang. Pembetulan, dia cuba menghalang. Mana tidaknya jika lelaki yang dianggap tunang adiknya itu sudah lagak seperti gengster kampung!  

“What are you? An addict?” - HAYLA.  

“Muka ni nampak macam penghisap ke?” - UWAIS.  

Bengang. Perangai tak seindah muka. Bukan Uwais saja, adiknya itu dua kali lima juga. Perangai tak boleh dijangka. Lagi tak dijangka apabila Hanim memilih untuk lari daripada perkahwinan sendiri.  

“Kakak, tolong kami.” - ENCIK BURHAN.  

Bunyi seperti permintaan kecil seorang bapa terhadap anaknya, tapi siapa sangka permintaan itu mengubah seluruh kehidupan Hayla?   Perkahwinan tanpa rela… bersama dia. Mampukah Hayla mencari kesempurnaan di dalam perkahwinannya? Atau hanya derita yang menunggu?  

 

 

THE OTHER SIDE | AISYAHROS

 

“I’m not your daughter anymore. It’s tiring to be your daughter.” – Ariana Black  

Ariana sedar siapa dirinya. Dia hanyalah watak antagonis yang dibenci oleh semua orang termasuk keluarga sendiri kerana kesilapannya. Namun, tidakkah mereka semua tahu dia juga terluka dalam diam dan mereka sendiri menjadi punca dia berubah sehingga begini sekali?  

“Ayah mengaku ayah silap, Ar. Ayah minta maaf.” – Tuan Daniel Black  

Terlukanya dia kerana manusia bernama keluarga akhirnya membawa dia ke tanah Andorre, perkampungan terpencil yang jauh dari bandar. Tiada sesiapa yang mengenali dirinya, membuatkan Ariana berasa nyaman dan selamat di situ. Namun, kemunculan seorang lelaki misteri di kampung itu mula menghadirkan resah dalam diri Ariana.  

“As the time goes by, everything will be okay, Ariana.” – Maliq Adrian 

 “Macam mana kau tahu aku Ariana?” – Ariana Black  

“Sebab kita sama.” – Maliq Adrian  Ariana keliru. Maliq sering kali mengatakan yang mereka sama namun, Ariana tidak faham mengapa Maliq berkata begitu. 

Apa yang dia tidak tahu dan apa pula yang Maliq tahu tentangnya? Ditambah pula dengan sikap Maliq yang berjaya membuatkan Ariana yang kasar dan keras bertukar lembut dan tenang, membuatkan Ariana semakin keliru dengan lelaki ini dan juga hatinya sendiri.   Siapa Maliq Adrian ini sebenarnya?      

 

 

BELONGS TO MR DEVIL | RINSYA CHASIANI

 

“Tak... Orang tak tidur dengan Abang Malek.” 

 

Tapi, siapa yang percaya dengan kata-kata Ara? Keluarga sendiri pun tidak yakin dengan kata-katanya! Dan kerana dia masih mentah, Ara tidak punya pilihan lain selain berkahwin dengan Malek Darren Ng. Malek, lelaki yang memiliki aura hitam. Kerana kepentingan peribadi, dia mempergunakan adik kepada kawannya sendiri.

 

 Namun bukan Ara yang dia mahukan, tapi sebuah kebebasan! Lima tahun meninggalkan Ara, pertemuan semula mereka berdua sewaktu Ara menyambung pelajaran di UKM membuatkan Malek Kembali teruja.

 

 Tetapi pada Ara, dia jelik melihat perempuan di sekeliling pinggang suaminya. Menyaksikan drama cinta Malek dengan perempuan berambut ungu hampir membuatkan Ara terasa tidak betah. 

 

“But, baby... I love you! I truly love you. I cantik, kan? Apa yang kurangnya pada I?” - Perempuan berambut ungu. 

 

Malek mula mengejar Ara. Mengganggu hidup Ara adalah nikmat baginya. Dan Ara pula, semakin rimas menerima ugutan dan paksaan dari Malek. “Kau duduk. Aku nak cakap sesuatu.” – Malek 

 

“Aku kat bawah. Kalau kau tak keluar, aku naik ke atas.” – Malek

 

“Semua orang akan tahu kau tu isteri aku.” – Malek “Umur kau berapa?” – Malek 

 

“Memang tak layak. Awak tu dah lah playboy. Perempuan keliling pinggang.” – Ara  

 

Dengan keupayaan Malek, Ara tidak dapat mengelak daripada tinggal bersama dengan lelaki itu. Namun Ara tidak mengalah dengan mudah. Dia mencipta perjanjian agar satu hari nanti Malek bakal melepaskannya. 

 

Tatkala Malek sudah separuh mati menyayangi Ara, namun hati gadis itu tetap seperti besi. Lima tahun Ara menyimpan dendam terhadapnya. Lantas, Ara menggunakan setiap peluang yang ada untuk lari dari genggaman lelaki itu. 

 

“I hate you, Malek. I hate you...” – Ara  

 

“You are too much...” Malek menggelengkan kepala. Tangannya dijatuhkan ke sisi. Adakah Malek rela melepaskan Ara yang tidak pernah berputus asa untuk sebuah kebebasan yang dimahukannya?