BLURB RAHSIA HATI MRS FAKRUL | MIA AZWARI

BLURB RAHSIA HATI MRS FAKRUL | MIA AZWARI

 

 

Fakrul seboleh-bolehnya tidak mahu menjadi seperti abangnya, berkahwin dengan sepupu sendiri. Walaupun ada rasa di dalam hatinya terhadap Sakinah, dia cuba menjauhkan diri dari perasaan itu. 

 

Baginya, Sakinah harus dianggap sebagai adik sahaja!  Sakinah seorang yang sangat ceria dan manja. Namun disebabkan satu rahsia yang besar, hidupnya mula berubah dalam sekelip mata. 

 

Dia tekad untuk menjauhkan diri dari seseorang yang pernah mendapat tempat di hatinya. Kehadiran Deeja, membuat hati Fakrul bahagia sama seperti saat mengenali Sakinah. Lima tahun di bumi Jerman, Fakrul menganggap wanita itu lebih dari teman biasa. 

 

Pulangnya Fakrul ke Malaysia dengan niat untuk membuka lembaran baru bersama Deeja, ingin menunaikan impian bersama.

 

Namun kejutan yang diterima oleh Fakrul membuatkan hati lelaki itu berdolak-dalih. Pertemuan yang tidak dijangka antara Fakrul dan Sakinah  membuatkan kenangan silam semakin mendampingi hati... semakin sukar untuk dia melepaskan Sakinah. 

 

‘Kenapa susah abang nak lupakan Kinah... Kinah bahagia saja kan sekarang?’

 

Apakah rahsia sebenar yang disembunyikan oleh Sakinah sehingga membuatkan Fakrul goyah? Dan bahagiakah Fakrul berdiri di atas kelukaan hati seseorang?