BLURB MY HEARTLESS LADY BOSS - MIA AZWARI

BLURB MY HEARTLESS LADY BOSS - MIA AZWARI

Dingin, tiada belas kasihan dan tegas.

 

Itulah sikap Inara Delisha. Seorang gadis yang tidak suka bergantung hidup dengan

sesiapa sejak di usia kanak-kanak. Ditambah lagi dengan kerjaya sebagai arkitek terbaik,

menjadi punca dia sukar didekati sesiapa. Namun semuanya mula berubah apabila lelaki itu

muncul dalam hidupnya.

 

“Awak siapa untuk saya ingat?” -Inara

 

“Bakal suami awak.”- Thaqif

 

Pelik. Inara tak pernah ingat lelaki itu. Kerap kali lelaki itu mengatakan mereka sudah

terlalu kerap bertemu. Hari demi hari, lelaki itu semakin berani sehingga berjaya

meruntuhkan tembok yang dibina oleh Inara selama 35 tahun.

 

Disebabkan ada ‘sesuatu’ yang perlu Inara mahu miliki, dia menerima lamaran lelaki

itu. Dengan syarat, perkahwinan mereka tidak didedahkan. Bahagia yang dibina oleh Inara

tidak kekal lama apabila rahsianya terbongkar.

 

“Abang fikir, Nara ikhlas terima abang tapi hakikatnya abang hanya dipergunakan.”-

Thaqif

 

Inara tak mampu membela diri. Dia masih cuba menyelamatkan rumah tangga mereka

tapi semuanya sudah terlambat.

 

“Abang nak kita berpisah.”- Thaqif

 

Permintaan lelaki itu menyedarkan Inara yang dirinya tak layak untuk bahagia. Bagi

Inara, dia tidak akan sesekali merayu untuk seorang lelaki.

Benarkah Inara tidak pernah mencintai Thaqif? Atau selama ini, hanya Thaqif yang

bertepuk sebelah tangan?