BLURB ATMA PEONY & MAWAR - SYAZ SUFIY

BLURB ATMA PEONY & MAWAR - SYAZ SUFIY

 

MR. PEONY, gelaran tiba-tiba yang dia dapat dari si gadis dalam kedai bunga. Dia

juga pelik, dalam banyak-banyak bunga kenapa peony? Peony putih pula tu? Sedangkan si

kekasih hati yang berpaling tadah itu memanggilnya ‘kayu’. Seorang pensyarah Aeronautik

yang berkacamata, mempunyai penyakit dan ‘kayu’ membuat langkah gila demi mahu

membalas dendam.

 

CIK MAWAR, dia juga terkejut bagaimana lelaki yang memandang bunga-bunga di

depannya dengan pandangan kosong dan postur tubuh yang tegang itu boleh beri dia gelaran

semanis begitu? Kena tepat dengan namanya pula tu! Dan ya, seperti Mr. Peony dia juga

tersakiti akibat dari kekasih yang curang. Kalau Mr. Peony dipanggil ‘kayu’, dia pula

dipanggil bodoh kerana terlalu manis!

 

“Kita buktikan kepada lelaki dan perempuan gila itu, yang Nur Mawar tidaklah bodoh

dan…” – Nur Mawar.

 

“Muhammad Eidlan bukanlah kayu.” – Muhammad Eidlan.

 

Rancangan asal begitulah tetapi bila tiba-tiba Eidlan membuat rancangan lain tanpa

berbincang dengan Mawar, Mawar rasa macam kena scam! Sudahlah Eidlan yang disangka

‘kayu’ itu kerap betul membuatkan hati Mawar berdebar-debar! Lain yang dirancang lain

pula yang berlaku.

 

Ketika Mawar akhirnya reda dengan perjalanan takdir mereka dan rasa cinta yang

semakin kembang di dalam hati Eidlan, hubungan mereka diuji. Bukan kerana orang ketiga

tetapi rasa sangsi yang hadir di hati Eidlan terhadap Mawar dan amarah yang dipendam oleh

Mawar yang semakin tidak dapat dikawal lagi.

 

“Entahlah, bro. Semakin aku cuba untuk kenal isteri aku, semakin aku takut. Aku

takut hilang dia.” – Muhammad Eidlan.

 

“Aku berkahwin dengan kau hanya disebabkan dendam. Nothing more than that! You

don’t deserve my love at all!”

 

 

Dua Atma yang bertemu di satu garisan atas alasan membalas dendam. Garisan yang

mekar kembang bagai Peony atau garisan berduri bagai Mawar yang bakal mereka lalui?