BAB 1 | MY BEST FRIEND'S BROTHER

BAB 1 | MY BEST FRIEND'S BROTHER

Bab 1

KAWASAKI Ninja H2R meluncur laju membelah highway utara-selatan menghala ke arah Seremban. Si penunggang selamba sahaja memulas throttle. Makin laju motor itu, makin seronok dirasakannya. Manakala si pembonceng di belakang rasa macam nak putus nyawa!

"Abang! Slow lah sikit!" Jerit Hana di belakang Faris. Dia seakan mahu terbang ke belakang dek kerana angin kuat menerpa ke arahnya. Mujur dia memeluk erat tubuh Faris. Sementelah dia terlalu gayat bila Faris selamba saja mencilok-cilok di celah-celah kereta yang turut laju di atas lebuh raya itu.

"Hana bagitahu mommy abang bawa laju atas highway! Ini bukan litar Sepang!" jerit Hana lagi bila Faris buat pekak aje dengan tegurannya tadi.

Di sebalik helmet yang menutup wajah, Faris berdecet sebal. Mendengus dia mendengar ugutan si adik. Lantas, motor yang memecut tadi kian diperlahankan.

Hana menarik nafas lega. Tersandar lemah dia di belakang tubuh si abang. Penat tahu tak naik motor dengan Faris yang suka berlumba itu. Nak luruh jantung dibuatnya. Tidak sampai satu jam, mereka berdua yang dari KL ni dah selamat sampai di Seremban. Tengoklah betapa lajunya Faris memandu.

Sebaik sahaja motor Faris berhenti di depan sebuah rumah banglo, Hana terus melompat turun sambil membuka helmet. Menjeling tajam dia bila Faris tayang muka bersalah melihat rambut dia yang dah serabai seperti sarang burung!

"Sorry... meh abang betulkan." Faris tersengih-sengih seraya menarik helmet di kepala si adik. Kesian bila rambut Hana yang tadinya lurus cantik kini dah berselirat.

Nak tergelak pun ada tapi ditahankan saja takut Hana yang manja itu merajuk dengannya.

"Abang la ni! Haish!" Dengus Hana sebal. Ditampar-tampar lengan Faris melepas geram.

Faris tertawa kuat.

"Hana campak helmet ni karang!" Helmet di tangan Faris dirampas Hana.

"Princess.. helmet baru tu! Limited edition pulak tu." Menggelabah lelaki itu mahu menggapai helmet kesayangan dia dari tangan Hana.

Hana senyum sinis. Dikelek helmet jenama Arai itu dipinggang. Puas hati bila Faris seperti ibu kehilangan anak. Sayang sangat kat helmet dia.

"Pergh motor baru!" Sapa seorang lelaki sebaik sahaja muncul dari dalam rumah.

Faris dan Hana menoleh ke kanan. Tersengih mereka berdua melihat Qaiser yang sedang melangkah ke arah mereka.

"Cun tak bro?" Kening Faris terangkat tinggi. Bangga menayang motor baru berkuasa tinggi miliknya itu.

Jemari Qaiser menyentuh bahagian hadapan motor itu.

"Seksi!" ucapnya dengan senyuman nakal. Motor berwarna hitam itu mungkin nampak biasa saja di pandangan mata orang lain. Tetapi bagi peminat motor begitu, setiap lekuk dan reka menjadi igauan siang dan malam.

"Ehem!" Dehem Hana mahu menarik perhatian dua jejaka itu. Dia dah macam halimunan pula di situ. Tak habis-habis dengan motor!

Qaiser dan Faris tersengih.

"Hai Hana..." Sapa Qaiser lembut. Redup renungan mata dia melihat raut ayu Hana.

"Hai Abang Qaiser." Sahut Hana dengan muka tersipu-sipu. Dah lama dia tak berjumpa dengan lelaki itu kerana Qaiser sedang belajar di Perancis.

Faris tercebik. Geli hati melihat adik dan kawan baiknya itu bermain mata.

"Ehem!"

"Hana masuk dulu. Nak jumpa Aunty Dhia."

Sebelum Faris sempat mengenakan dia, laju Hana meminta diri ke dalam rumah. Bukan boleh percaya sangat dengan Faris yang suka mengusik itu. Nanti dia juga yang segan bila berhadapan dengan Qaiser.

"Mama ada dekat dapur." Laung Qaiser. Dia tahu kedatangan Hana ke situ kerana mahu belajar memasak dengan ibunya. Memang setiap kali cuti sekolah Faris atau kedua ibu bapa Hana menghantar gadis itu ke sini. Itu sebab mama sayang sangat dengan Hana.

"Okeh!" tanpa berpaling melihat dua jejaka itu, Hana angkat isyarat jari tanda OK sebelum menghilang di sebalik pintu.

Faris simpan senyum melihat si adik yang macam tak cukup tanah mahu melarikan diri. Ceh! Seganlah tu.

"Berapa ni bro? Cun!" Qaiser tepuk lembut lampu depan Kawasaki itu.

Pandangan mata Faris terus berubah bersinar. Seronok mahu bercerita tentang motor kesayangannya. Hobi yang paling diminati. Sayangnya, Qaiser yang tua beberapa tahun darinya itu tidak terlalu minat untuk berlumba. Lelaki itu minatnya memasak! Pelik betul!

"260k but..."

"What?" Qaiser ternganga tidak percaya. Direnung motorsikal berwarna hitam itu dengan mulut terlopong. Gila! 250 ribu ringgit!

"But!" Jari Faris ternaik tinggi menahan Qaiser dari memotong penjelasannya. Tahu yang harga motor itu boleh dapat sebiji rumah, tapi ada sebab dia melabur ke situ.

"Okey apa?" soal Qaiser dengan muka speechless.

"Ni aku dapat sponsor. So it’s free!"

“Siapa pula nak sponsor kau? Sugar mommy?”

“Hooi!” Faris tarik muka bengang. Ada ke patut sugar mommy. Ingat dia anak ikan ke? Dia bekerja keras tau selama ni untuk dapatkan koleksi motor yang dia nak. Bukan ikut gaya mudah macam tu.

Qaiser tergelak besar.

“Habis siapa lagi yang nak sponsor kau? Uncle Dean dan Aunty Dina mesti takkan sokong punya minat kau yang ni.” Dia tahu sangat tentang hobi Faris yang tak disokong orang tua sahabatnya itu. Mereka terlalu risau tentang keselamatan Faris.

Tapi Faris yang keras kepala mana boleh nak dihalang-halang.

“Ada syarikat permotoran nampak aku race dekat Sepang haritu. Dia berminat nak aku join sebagai racer under dia untuk Asia Road Racing Championship.”

“What!” Tergeleng kepala Qaiser. Mamat ni memang gila! Gila motor!

Faris tayang sengih. Impiannya bakal tercapai tak lama lagi! Menjadi seorang pelumba motor. Kalau ada rezeki mana tahu nanti dia masuk pula MotorGp. Salah satu event permotoran yang paling tergempak sekali. Peringkat international.

“Aku blah dulu. Ada hal nak jumpa Farel kejap dekat Sepang.” Faris sarung helmet ke kepala. Tongkat ditolak naik sebelum motor berwarna hitam itu diundur keluar.

“Nak berlumba lagi la tu.” Kalau Faris dah bertemu Farel, nak pula berjumpa dekat Sepang… sah-sahlah untuk berlumba.

Faris sengih lagi. Selamba dia menghidupkan enjin motor dan mengangkat tangan pada Qaiser.

“Kirim salam dekat keluarga kau. Sorry tak boleh singgah lama-lama.”

“Okey bro. Hati-hati.” Pesan Qaiser.

Faris mengangguk faham. Throttle dipulas-pulas membuatkan kawasan perumahan yang tadinya sunyi sepi terus bingit dengan bunyi Ninja H2r itu. Usai memanaskan enjin, Faris memecut pergi dari situ. Tergeleng kepala Qaiser.