Back

PO Jiran Sebelah Rumah karya Areej Airin

Rated 5 stars out of 5
(95 Looking for this)

RM27.00

Quantity
291 item available
More Info

Perhatian : Pengeposan melalui pos adalah berisiko defect kerana pos. Kami tidak akan membuat penukaran jika ada minor defect. Sekiranya tempat anda berisiko, disarankan untuk membuat tempahan bersama extra bubble wrap. Terima kasih.

 

Perhatian : Buku berstatus pratempahan dijangka siap akhir Mac

 

ZAI dan Min, dua jiran yang sentiasa bertikam lidah. Zai dengan usikannya, Min dengan sindirannya. Asal berlaga mata saja, pasti ada benda tak kena.

 

   “Hai saudari, tengah jemur kain ke tu?”

 

   “Taklah, tengah BBQ batu. Nak ke?”

 

   “Banyak ke? Kalau banyak, bolehlah kirim ke rumah sebelah ni.”

 

   Walaupun sering bergaduh mulut tapi Zai sentiasa ada saat Min perlukan pertolongan, ibarat kesatria dalam perisai bersinar. Ditambah pula dengan kehadiran Akif, anak buah Zai yang sedikit sebanyak membantu membina jambatan menghubungkan perasaan mereka.

 

    Tiba-tiba, tak ada angin tak ada ribut, Zai buat kerja gila.

 

   “Kalau saya ajak awak kahwin, nak?”

 

    Min dalam dilema. Kemunculan Arul, membuka semula balutan luka lama sekali gus membuatkan Min terpaksa menolak hasrat Zai. Fikirnya, dia sudah mampu melupakan tapi ternyata dia masih terperangkap dengan kisah lama. Ungkapan ‘masa menyembuhkan semuanya’ gagal diaplikasikan dalam hidup Min.

 

   “Baik atau buruk kisah silam awak, saya terima seadanya sebab tujuan utama saya kahwin dengan awak sebab saya nak bahagiakan awak.”

 

    Zai nekad, Min akan jadi isterinya juga. Baginya Arul hanya seekor lalat yang cuba menghancurkan hubungan mereka dan dia akan pastikan lalat itu sedar tempatnya di mana.