SEVEN DATES - K7RA_C

SEVEN DATES - K7RA_C

Teaser 2

 

“Saya ingatkan kita setakat nak mengaburi mata family? Awak nak dating betul-betul ke dengan saya?” Khayr menduga. 

“Of course. dear. I walk the talk. Dating mestilah betul-betul, takkan dating palsu? Awak ingat orang tua kita budak sekolah ke nak percaya mentah-mentah dengan lakonan kelas bawahan?” Yakin sungguh Zara melontarkan pendapatnya.

“Zara, can you stop calling me dear?” Khayr mula rimas dengan panggilan Zara itu. Bagai berdesing telinganya setiap kali Zara menyebut perkataan ‘dear’. Gadis itu buat dia tak senang duduk. 

“Kalau saya nak juga panggil awak dear?” Zara mengangkat sebelah kening. Makin seronok mengenakan Khayr.

Khayr berdecit.

“Okay, chill! Khyar, awak ni sikit-sikit nak emo. Macam perempuanlah.”

“Apa awak cakap?” Suara Khayr berubah dingin.

Lah, itu pun nak marah. Zara menggeleng kepala. 

 “Baik-baik... Saya terus terang ajelah dengan awak. Saya dah lama tak mendaki, jadi saya nak lepas gian hujung minggu ni. Kebetulan ibu saya asyik tanya pasal awak, saya call awak terus. Jadi dalam satu aktiviti, saya dah shoot dua tujuan. Bijak tak saya?” Zara mengerdipkan mata.

“Jadi temu janji ini hanya semata-mata demi kepentingan awaklah ya?” soal Khayr tidak berpuas hati. Matanya dikecilkan tanda dia sedang berusaha menyabarkan diri sendiri. 

 

 

Tempahan dibuka pada 28 Oktober 2022

Link tempahan : 

Seven Dates (Novel)

Trio Romantik