Kompilasi Romantik

Kompilasi Romantik

KITA TERPAKSA KAHWIN

Prolog 

"YAN, dia dah lamar aku...” 

Aku tersengih lebar. Aku pandang muka dia dengan mata yang bersinar-sinar. Sukar untuk aku sembunyikan keterujaanku apabila berdepan dengan Muhammad Aryan, teman baikku sejak zaman kanak-kanak lagi. Kami berkawan bermula dari sekolah rendah. Dia berpindah ke sekolahku sewaktu darjah tiga. Aku tak ingat bagaimana kami boleh rapat. Rumah dia tak jauh dari rumah aku pun sebenarnya.

“Lamar kahwin maksud kau?” Aryan nampak seperti terkejut.

Aku dah jangka dia terkejut sebab aku pun terkejut juga sewaktu Cikgu Qarlif ajak aku kahwin. Eh, nak kahwin dah kan... Pelik pula jika aku masih gelar dia cikgu dipangkal nama. Patutnya aku dah kena berlatih panggil nama Cikgu Qarlif sebagai Qarlif atau abang. 

Aku kenal Cikgu Qarlif masa jadi guru ganti tiga bulan di sebuah sekolah rendah. Awal-awal aku berkawan dengan Cikgu Qarlif, sempat juga Aryan merajuk sebulan. Dia memang tak puas hati sebab aku berkawan dengan lelaki walhal kami sama-sama berjanji tak nak couple dan kahwin sampai habis pengajian di universiti. Sebabnya bimbang pasangan masing-masing tak nak terima kami berkawan baik. 

Ada kawan lelaki ni sebenarnya agak leceh. 

Dia terlebih protective. Lebih-lebih lagi jodoh kami kuat sampai masuk universiti pun universiti yang sama. Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Masa sekolah menengah, aku couple dengan seorang senior. Bila Aryan tahu aku couple, dia tak bagi aku keluar dengan senior tu. Acapkali bila kami keluar dating, Aryan mesti ada bersama. Sudahlah dating ada member ni langsung tak ada privasi. Asal nak sweet sikit, Aryan dah bising. Senior tu break dengan aku selepas empat bulan kami couple. Dia cemburu aku rapat dengan Aryan dan lebihkan Aryan dalam semua hal walaupun aku dah terangkan banyak kali yang kami berdua berkawan sejak sekolah rendah lagi. 

Masa aku tengah frust, Aryan  marah sebab aku tak tumpukan perhatian pada pelajaran.  Kerana dia juga aku cepat move on walau senior tu merupakan first love aku. 

Dan masa Aryan ada awek, awek dia marah sebab Aryan heret aku sama-sama dengan dia untuk keluar dating. Awek dia beli tiket wayang berdua, Aryan pergi beli untuk aku juga. Dah banyak kali aku pesan pada Aryan yang aku tak nak keluar dengan dia kalau dia keluar dengan Fidah. Tapi tak makan saman pun makhluk ni. Tetap juga dia bawa aku tanpa pengetahuanku yang dia nak keluar daring. Aku jugalah yang kena hadap muka masam Fidah sebab kacau daun. Sudahnya aku juga yang dikata sebagai perempuan perampas. Sempat juga aku bergaduh dengan Aryan. Disebabkan perkara ni, kami jadi gosip kawan-kawan. Yang mana kenal kami tahulah kami ni kawan biasa. Tapi itu pun ada jugak suara-suara tak best dari kawan-kawan kami. “Kau tengoklah nanti, entah-entah jodoh kau dengan Aryan.” 

Pening...

Sebab tu kononnya kami berjanji tak nak couple sampai habis belajar. Supaya awek dia tak cemburu dengan aku, hero aku pula tak cemburu dengan kewujudan dia. Tapikan, menyesal juga aku buat janji bodoh tu dengan Aryan.

Dia asyik ungkit bila aku mungkir janji kami. Ceritanya, selepas SPM, aku apply jadi guru ganti. Terjumpa Cikgu Qarlif, dia baru aje posting. Jadi kami agak rapat. Lama kelamaan kami berkawan. Dia tahu aku rapat dengan Aryan. Yang anehnya Cikgu Qarlif cool aje bila Aryan kacau daun setiap kali kami keluar. Lepas dua bulan Aryan asyik buat ‘perangai’, akhirnya dia terima juga Cikgu Qarlif sebagai bakal suami kawan dia ni. 

“Kau betul-betul serius ke dengan dia?” Soal Aryan dengan nada ingin tahu. 

Aku bulatkan mata seraya mengangguk berkali-kali. Sotong goreng celup tepung kumasukkan ke dalam mulut. “Kalau tak serius, buat apa aku terima dia jadi pakwe? Dia dah ada kerja, rumah, kereta... lengkap pakej. Aku tinggal cuci kaki. Kira beruntung aku dapat kahwin dengan cikgu. Kat Malaysia ni berapa orang aje cikgu lelaki yang masih single?” Aku tersengih. 

Aryan mencerunkan pandangannya. 

“Kau kahwin dengan dia sebab dia stabil?” 

“Eh, pembetulan ya. Aku terima dia sebab dia baik. Aku sayangkan dia. Stabil tu bonus untuk aku. Parent aku mesti setuju dengan pilihan aku.” Aku sungging senyuman di bibir. 

Aryan kembali merenung telefon pintarnya tanpa riak. 

“Bila kau kahwin?” Tanya Aryan. 

“Dia nak jumpa keluarga aku hujung minggu ni. Dia kata kalau tak ada aral melintang, selepas raya haji kami nikah,” balasku. 

Aku perhatikan reaksinya. Mata Aryan masih lagi di kaca telefon pintar. Aku tengah tunggu dia marah sebab aku ambil keputusan kahwin sebelum habis belajar lagi. 

“Cepatnya.” Dia komen sepatah. Itu pun lepas lima minit kami sama-sama diam. 

“Kau pun cepat-cepatlah kahwin.” Aku tersengih. 

Aryan angkat muka dan balas pandanganku. Muka dia masam betul. “Aku bukan orang perempuan. Perempuan senanglah tinggal cuci kaki.” 

Tak pasal-pasal dia perli aku. Terasa juga hati bila dia cakap tinggal cuci kaki. 

“Tak pun, kau cepat-cepatlah cari awek.” Aku mengendurkan suara. 

Aryan smirk. “Kau ajelah kahwin. Tak payah paksa-paksa aku dengan benda yang tak penting.”

Eh... Eh... Benda tak penting dia kata? Aku percaya ramai yang tengah beratur tunggu Aryan buka hati. Paras rupa Aryan boleh dikategorikan sebagai kacak. Dia mix. Yang aku tahu dia ada mix thai, melayu dan arab. Genetik arab dia tak lah nampak sangat. Tapi dia tinggi melangit. Aku ni paras dada dia aje. 

“Ramailah yang frust, Yan oi...” 

Aryan tatap aku dengan renungan tajam. “Siapa frust?” 

Aik? Nampak berapi aje si Aryan ni. 

“Peminat kau yang frust, bukan kau. Itu pun kau nak marah.” Aku dah malas nak melayan hangin dia. Tiba-tiba aje moody tak tentu pasal. 

“Ni aku nak balik, nak sambung buat assignment. Kau jangan lupa datang hujung minggu ni, mak aku buat kenduri. Lagi pun family Cikgu Qarlif nak datang merisik.” 

“Apa kaitan dengan aku pula?” Suara Aryan meninggi. 

Sah dia marah sebab aku kahwin lagi awal daripada dia. Aku mengeluh kecil. “Janganlah macam ni Yan. Support lah sikit bestfriend kau ni nak melangkah ke alam perkahwinan.” Aku mengendurkan suara. 

Aku dah lama kenal Aryan. Kalau dia naikkan suara bermakna emosi dia betul-betul terganggu. Dia jarang marah. Jarang gila. Last time aku tengok dia marah waktu aku clash dengan first love aku tu lah. Tapi dia tak marah dengan orang yang dah kecewakan hati aku. Dia marahkan aku sebab mudah sangat bagi sekeping hati ni pada orang. Mentang-mentanglah dia langsung tak broken masa clash dengan first love dia. Hampeh betul. 

Tapi dia kenalah faham. Hati dia memang keras seperti batu. Tapi hati aku ni penuh dengan kasih sayang dan harapan. Mana boleh dia train aku macam dia train diri sendiri...

Apabila dia tak balas, aku terus bangun seraya mengambil beg di kerusi sebelah. 

Make sure datang. Kalau tak datang kita putus kawan.” Ucapku dengan nada tegas. 

Aryan nampak bengang. Sebelum dia memuntahkan api kemarahan dia, lebih baik aku blah dari sini. Takut betul aku kalau dia balas, ‘Okey tak ada masalah kita putus kawan sekarang!’. 

Yelah bila ditimbang-timbang, putus kawan dengan Aryan dan putus cinta dengan Cikgu Qarlif, aku lagi susah nak move on dari Aryan. Dia kawan aku sejak sekolah rendah weh...

 

 

❄️ Dari eBook kepada buku

❄️ Mengandungi ebook Romantik, You Are My Greatest Pain dan Kita Terpaksa Kahwin

❄️ Dijangka siap print pertengahan November

 

 

TEMPAHAN DIBUKA PADA 28 OKTOBER 2022

LINK TEMPAHAN :

 

NOVEL SINGLE

TRIO ROMANTIK