BLURB KOMOREBI, Salju Sedingin Kasihmu (Tulip Ungu)

BLURB KOMOREBI, Salju Sedingin Kasihmu (Tulip Ungu)

Aaliyah merupakan gadis malang apabila dia dilahirkan dalam fitnah yang mengatakan dia anak luar nikah. Lebih malang lagi apabila bapanya sering mengambil kesempatan dan mempergunakannya untuk kepentingan sendiri. Malah bukan itu sahaja, bapanya sanggup bersekongkol dengan Wansor kerana banyak berhutang dengan lelaki kaya kampung itu.

Peristiwa pada suatu malam mempertemukan Aaliyah dan Saqeef, lelaki ‘red flag’ yang menjadi ‘ikon jahat’ dalam kampung mereka. Peristiwa diselamatkan oleh lelaki itu membawa kepada rentetan pertemuan demi pertemuan antara mereka. Saqeef kelihatan seperti lelaki gasar yang tak pedulikan perasaan orang namun ada sesuatu tentang lelaki itu yang membuatkan Aaliyah rasa damai dan selamat walau adakalanya tingkah Saqeef cukup mengelirukan dan membuatkan dia rasa takut.

Bagi Saqeef pula, peristiwa menyelamatkan Aaliyah malam itu telah mengubah rutinnya. Dia mula berminat dengan Aaliyah dan apabila Aaliyah diperangkap oleh Wansor, dia hadir menjadi penyelamat gadis itu sehingga dia sanggup memikul tanggungjawab berat.

Aaliyah jadi bingung dan keliru namun kehadiran Saqeef umpama fenomena Komorebi. Saqeef pula terkejut dengan tindakan sendiri, namun gerak hatinya tidak mungkin silap.

Mampukah mereka bahagia kerana baik Saqeef mahupun Aaliyah, kedua-duanya ada menyimpan sejarah dan kisah silam tersendiri…